Surah Al Baqarah, Ayat 184

(Puasa yang diwajibkan itu) beberapa hari tertentu. Sesiapa antara kamu sakit atau musafir (haruslah berbuka) dan wajib digantikannya pada hari-hari yang lain. . Orang yang tidak berdaya berpuasa , wajib membayar fidyah, iaitu memberi makan kepada orang miskin. Sesiapa yang bersukarela melakukan kebajikan (membayar fidyah lebih daripada yang ditentukan) maka itu lebih baik baginya , dan jika kamu berpuasa adalah lebih baik bagi kamu jika kamu mengetahui.