Berzikirlah kamu kepada Allah pada hari-hari yang tertentu (musim haji). Sesiapa yang bersegera meninggalkan (mina) selepas dua hari (nafar awal) maka tidaklah berdosa. Sesiapa yang melewatkannya tidak juga berdosa bagi sesiapa yang bertaqwa. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan dihimpunkan kepadaNya.