Surah Al Baqarah, Ayat 221
Dan janganlah kamu berkahwin dengan perempuan-perempuan kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam ); dan sesungguhnya seorang hamba perempuan yang beriman itu lebih baik daripada perempuan kafir musyrik, sekalipun keadaanya menarik perhatian kamu. Dan janganlah kamu (kahwinkan perempuan-perempuan Islam )demgan lelaki-lelaki kafir musyrik sebelum mereka beriman (memeluk ugama Islam). Dan sesungguhnya seorang hamba lelaki yang beriman lebih baik dari seorang lelaki musyrik, sekalipun keadaanyan menarik perhatian kamu. (Yang demikian ialah kerana ) orang-orang kafir itu mengajak mereka, sedangkan Allah mengajak mereka ke Syurga dan memberi keampunan dengan izinNya. Dan Allah mejelaskan ayat-ayatnya (keterangan-keterangan hukumNya ) kepada umat manusia,supaya mereka dapat mengambil pelajaran (daripadanya).