Surah Al Baqarah, Ayat 236

Tidaklah kamu bersalah (dan tidaklah kamu menanggung bayaran maskahwin) jika kamu menceraikan isteri-isteri kamu sebelum kamu sentuh (bercampur) dengan mereka atau (sebelum) kamu menetapkan maskahwin untuk mereka. Walaupun demikian, hendaklah kamu memberi "mut'ah" (pemberian saguhati ) kepada mereka (yang diceraikan itu). Iaitu: suami yang senang (hendaklah memberi saguhati itu) menurut kemampuannya; dan suami yang susah pula menurut kemampuannya, sebagai pemberi saguhati menurut yang patut, lagi menjadi satu kewajipan atas orang-orang (yang mahu ) berbuat kebaikan.