Dan orang-orang yang (hampir) mati diantara kamu serta meninggalkan isteri, hendaklah berwasiat untuk isteri-isteri mereka, iaitu diberikan nafkah saguhati (makan pakai dan tempat tinggal) hingga setahun lamanya, dengan tidak disuruh pindah dari tempat tinggalnya. Kemudian jika mereka keluar (dari tempat tinggalnya dengan kehendaknya sendiri ) maka tidaklah kamu bersalah (wahai wali waris simati ) mengenai apa yang mereka (isteri-isteri itu) lakukan pada diri mereka dari perkara yang patut (yang tidak dilarang Syara') itu. Dan (ingatlah) , Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.