Tidaklah engkau ketahui (wahai Muhammad ) tentang orang-orang keluar (yang melarikan diri) dari kampung halamannya kerana takutkan mati, sedangkan mereka beribu-ribu ramainya? Maka Allah berfirman kepada mereka : "Matilah kamu", kemudian Allah menghidupkan mereka. Sesungguhnya Allah sentiasa melimpah-limpah kurniaNya kepada manusia (seluruhnya), tetapi kebanyakan manusia tidak bersyukur.