Surah Al Baqarah, Ayat 249

Kemudian apabila Talut keluar bersama-sama tenteranya, berkatalah ia: "Sesungguhnya Allah akan menguji kamu dengan sebatang sungai, oleh itu sesiapa diantara kamu yang meminum airnya maka bukanlah ia dari pengikutku, dan sesiapa yang tidak merasai airnya maka sesungguhnya ia dari pengikutku, kecuali orang yang menceduk satu cedukan dengan tangannya", (sudah dingatkan demikian ) mereka meminun juga dari sungai itu (dengan sepuas-puasnya), kecuali sebahagian kecil dari mereka. Setelah Talut bersama-sama dengan orang-orang beriman menyeberangi sungai itu , berkatalah orang yang meminum (sepuas-puasnya ): "kami pada hari ini tidak terdaya menentang Jalut dan tenteranya"; Berkata pula orang-orang yan yakin bahawa mereka akan menemui Allah: "berapa banyak (yang telah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah; dan Allah (sentiasa) bersama- sama orang yang sabar".