Surah Al Baqarah, Ayat 264

Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan (kelakuan yang) menyakiti, seperti (rosakkan pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menujuk-nunjuk kepada manusia (ria'), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah diatasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi ). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan ria' itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberikan pertujuk kepada kaum yang kafir.