Surah Al Baqarah, Ayat 196

Sempurnakanlah haji dan umrah kerana Allah. Jika kamu terkepung maka sembelihlah apa-apa (ternakan) yang mudah didapati dan janganlah kamu bercukur (bertahallul) sebelum binatang itu sampai dan disembelih di tempatnya. Jika ada antara kamu sakit atau didapati sesuatu penyakit di kepala (terpaksa bercukur) maka diwajibkan membayar fidyah dengan berpuasa, bersedekah atau menyembelih binatang. Apabila kamu merasa aman, sesiapa yang ingin mengerjakan umrah (dalam bulan haji) sebelum ibadat haji sembelihlah apa-apa ternakan yang mudah didapati . Sesiapa yang tidak dapat (binatang ternakan) maka hendaklah berpuasa tiga hari dalam musim haji dan tujuh hari lagi setelah kamu pulang. Itulah sepuluh hari yang mencukupi bilangannya. Demikian (hukum) haji Tamatu' bagi orang yang bukan penduduk sekitar masjidil haram. Bertaqwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa siksa Allah sangat pedih.