Surah Al Baqarah, Ayat 197

(Musim) haji beberapa bulan yang tertentu. Sesiapa yang telah berniat ihram haji, haram bersetubuh, melakukan maksiat dan tidak boleh bertengkar semasa mengerjakan haji. Apa jua kebaikan yang kamu lakukan nescaya diketahui Allah. Sediakanlah bekalan, sesungguhnya sebaik-baik bekalan ialah taqwa. Bertaqwalah kepada Aku (Allah) wahai orang yang berakal.