Showing posts with label 051 Surah Adz Dzariyat. Show all posts
Showing posts with label 051 Surah Adz Dzariyat. Show all posts

Surah Adz Dzariyat, Ayat 1

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.

Demi angin yang menerbang dan menaburkan (debu, biji-bijian benih dan lain-lainnya), dengan penerbangan dan penaburan yang sesungguh-sungguhnya;

Surah Adz Dzariyat, Ayat 2

Dan awan yang membawa dan mengangkut muatannya (ke tempat yang dikehendaki);

Surah Adz Dzariyat, Ayat 3

Dan kapal-kapal yang belayar laju dengan kemudahan yang diberikan kepadanya;

Surah Adz Dzariyat, Ayat 4

Dan malaikat-malaikat yang membahagi-bahagikan segala perkara yang mereka ditugaskan membahagikannya;

Surah Adz Dzariyat, Ayat 5

(Sumpah demi sumpah) bahawa sesungguhnya segala yang dijanjikan kepada kamu (mengenai hari akhirat) tetap benar;

Surah Adz Dzariyat, Ayat 6

Dan bahawa sesungguhnya balasan amal, tetap berlaku.

Surah Adz Dzariyat, Ayat 7

Demi langit yang mempunyai jalan-jalan yang berbagai bentuk keadaannya,

Surah Adz Dzariyat, Ayat 8

Sesungguhnya kamu berada dalam keadaan berlainan pendapat (mengenai agama yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w).

Surah Adz Dzariyat, Ayat 9

Dipalingkan daripada (perselisihan) itu orang-orang yang telah dipalingkan Allah (dengan sebab keikhlasannya mencari kebenaran).

Surah Adz Dzariyat, Ayat 10

Binasalah orang-orang yang sentiasa mengeluarkan pendapat dengan cara agak-agak sahaja,

Surah Adz Dzariyat, Ayat 11

(Iaitu) orang-orang yang tenggelam alam kejahilan, serta lalaikan (hari pembalasan).

Surah Adz Dzariyat, Ayat 12

Mereka bertanya (secara mengejek): Bilakah datangnya hari pembalasan itu?

Surah Adz Dzariyat, Ayat 13

(Jawabnya: Hari itu ialah) hari mereka diseksa (dengan dibakar) atas api Neraka.

Surah Adz Dzariyat, Ayat 14

(Sambil dikatakan kepada mereka): Rasalah azab seksa yang disediakan untuk kamu; inilah dia yang dahulu kamu minta disegerakan kedatangannya.

Surah Adz Dzariyat, Ayat 15

Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan mata air-mata air terpancar padanya.

Surah Adz Dzariyat, Ayat 16

(Keadaan mereka di sana) sentiasa menerima nikmat dan rahmat yang diberikan kepadanya oleh Tuhan mereka. Sesungguhnya mereka di dunia dahulu adalah orang-orang yang berbuat kebaikan.

Surah Adz Dzariyat, Ayat 17

Mereka sentiasa mengambil sedikit sahaja: Masa dari waktu malam, untuk mereka tidur.

Surah Adz Dzariyat, Ayat 18

Dan pada waktu akhir malam (sebelum fajar) pula, mereka selalu beristighfar kepada Allah (memohon ampun).

Surah Adz Dzariyat, Ayat 19

Dan pada harta-harta mereka, (ada pula bahagian yang mereka tentukan menjadi) hak untuk orang miskin yang meminta dan orang miskin yang menahan diri (daripada meminta).

Surah Adz Dzariyat, Ayat 20

Dan pada bumi ada tanda-tanda (yang membuktikan keesaan dan kekuasaan Allah) bagi orang-orang (yang mahu mencapai pengetahuan) yang yakin,