Surah Al Baqarah, Ayat 187

Kamu dihalalkan bersetubuh dengan isteri kamu pada malam puasa. Mereka sebagai pakaian kamu dan kamu pakaian bagi mereka. Allah mengetahui bahawa kamu mengkhianati diri kamu dan Allah menerima taubat dan memaafkan kamu. Maka sekarang setubuhilah isteri-isteri kamu dan carilah apa-apa yang ditetapkan oleh Allah bagi kamu. Makan dan minumlah sehingga nyata kepada kamu garis putih daripada garis hitam pada waktu fajar. Kemudian sempurnakanlah puasa itu hingga ke malam (maghrib). Janganlah kamu setubuhi mereka (isteri-isteri) ketika beriktikaf di masjid. Itulah batas-batas larangan Allah, maka janganlah kamu hampir. Demikianlah Allah terangkan ayat-ayatnya (peraturan-peraturan) kepada manusia. Semoga mereka bertaqwa.